1. TAG RETAK APPARREL
i] Tag retak akan diletakkan pada bahagian bawah kiri/kanan dan bahagian atas belakang, tidak boleh digantikan dengan mana-mana logo lain.
ii] Sekiranya pelanggan ingin membuang tag dan logo Retak Apparel, pelanggan perlu membeli design tersebut pada harga berikut: RM 150 bagi setiap design jika pelanggan memilih untuk menempah baju-baju dari Retak Apparel. RM 250 bagi setiap design jika pelanggan memilih untuk menempah baju-baju dari kedai lain (Print File akan diberikan selepas pembayaran diterima). ** Sebarang isu dengan printfile hasil kerja Retak Apparel tidak akan dilayan. Kami mempunyai format kami sendiri yang sesuai dengan sistem printer kami tersendiri. Adalah menjadi tanggungjawab pelanggan dan kedai lain sekiranya ingin mengubah suai jenis file bagi urusan printing di kedai lain.
2. TEMPAHAN
i] Pelanggan perlu menyediakan sketching/sample design yang lengkap untuk kami draft design pertama.
ii] Harga tertera pada sebut harga (quotation) adalah termasuk dengan kos penghantaran.
iii] Tambahan helaian/perubahan pada design selepas pembayaran adalah tidak dibenarkan.
iv] Pelanggan perlu menyediakan senarai nama (jika perlu) dalam fail Excel dan mengesahkan senarai nama (name list) dan sebut harga (quotation) yang dihantar oleh admin.
v] Deposit dibenarkan bagi tempahan 50 helai ke atas sahaja sebanyak 75% dari jumlah keseluruhan sebut harga (quotation).
vi] Proses baju mengambil masa 2 minggu selepas tarikh pembayaran. Untuk urgent order, tambahan RM10 akan dikenakan bagi setiap helaian baju.
3. SEBUT HARGA (QUOTATION)
i] Harga yang tertera pada sebut harga (quotation) sah dalam masa 2 minggu sahaja. Sila sahkan dengan admin sebelum membuat pembayaran sekiranya anda ingin membayar selepas 2 minggu tersebut.
4. DESIGN
i] Maksimum, 3 kali perubahan kecil selepas draft pertama disiapkan. Bayaran tambahan RM30 akan dikenakan bagi perubahan yang berikutnya.
ii] Bayaran RM30 dikenakan jika perubahan penuh (100%) dilakukan selepas draft pertama siap.
iii] Sebarang logo penaja yang pelanggan minta kami masukkan dalam design adalah urusan pelanggan sendiri. Kami tidak bertanggungjawab walau sekiranya pelanggan gagal mendapatkan tajaan dari jenama-jenama berikut. Kami hanya memenuhi permintaan pelanggan.
iv] Bagi penggunaan selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada design (contohnya: Tamil, Korea, Cina dsb.) adalah menjadi tanggungjawab pelanggan sendiri dalam memastikan default font yang digunakan oleh Adobe (atau mana-mana font yang dipilih) tidak mendatangkan sebarang kesalahan ejaan/huruf.
5. PRODUCTION
i] Jika terdapat kesalahan design pada tempahan yang disebabkan oleh kecuaian pihak kami, kami akan bertanggungjawab. Anda boleh pulangkan tempahan kepada kami untuk dibaiki/diganti baru jika perlu. Pihak Retak Apparel tidak akan bertanggungjawab jika kesilapan disebabkan oleh pihak pelanggan yang disedari selepas tempahan dimasukkan ke bahagian production.
ii] Sebarang proses pemulangan baju yang salah perlu dilakukan dalam masa 2 minggu selepas tempahan diterima. ii] Kesilapan pada nama atau mockup design yang diterima/disahkan oleh pihak pelanggan adalah tanggungjawab sendiri.
iii] Tempoh production berkemungkinan akan bertambah jika berlaku situasi di luar kawalan seperti masalah teknikal, bencana alam, dan sebagainya.
iv] Pelanggan yang sudah membuat pembayaran namun tiba-tiba mahu tempahan disiapkan cepat tanpa melalui proses ‘urgent order’ yang sepatutnya tidak akan dilayan kerana telah melanggar persetujuan awal jual-beli. v] Sebarang defect yang didapati pada tempahan (kotor, kesan potong, koyakan dan jahitan tertetas) tidak akan dilayan sekiranya aduan dibuat selepas 7 hari
6. PENGHANTARAN Retak Apparel hanya menyediakan penghantaran menerusi courier atau secara self pick up. Kesulitan yang berpunca daripada pihak courier adalah bukan atas tanggungjawab kami.
7. BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Retak Apparel berhak membatalkan dan/atau menolak tempahan dari mana-mana pelanggan yang didapati biadap terhadap mana-mana admin mahupun designer Retak Apparel.
Kami juga berhak membatalkan dan/atau menolak tempahan dari mana-mana pelanggan yang tidak mahu mengikut prosedur tempahan dan menunjukkan karenah yang dikhuatiri akan menimbulkan masalah kepada perniagaan kami di kemudian hari.
Copyright © 2024 Retak Apparel - All Rights Reserved.
Powered by AF RETAK GLOBAL (003463606P)
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.
Tak perlu bayar upah design mahupun deposit. Bayar harga baju dan penghantaran sahaja!